Sunday 5 March 2017

aktiviti (panduan soalan)

1. Senaraikan 3 pakaian yang tidak dibenarkan bagi guru lelaki
·        Berpakaian menjolok mata (jarang, nipis, singkat atau terlalu
ketat ).
·        Memakai t- Shirt, seluar pendek atau jeans pada waktu pejabat.
·        Memakai tali leher jika baju berlengan pendek kecuali uniform.
·        Memakai baju melayu yang tidak lengkap pada hari Jumaat  
( tanpa songkok dan sampin atau memakai kain pelekat ).
·        Memakai baju yang melambangkan parti politik atau syarikat perniagaan.
·        Memakai selipar, kasut getah, sandal atau kasut sukan.
·        

2. Apakah rasional seorang guru memakai tanda nama di sekolah?
·        -Mematuhi etika pemakaian seorang guru
·        -mudah dikenali oleh pelajar
·        -lain-lain jawapan yang munasabah diterima.

3. Berikan contoh penggayaan rambut yang tidak dibenarkan
·        berambut panjang bagi guru lelaki
·        mewarnakan rambut
·      
·         
4. Jelaskan cara pemakaian yang sesuai bagi guru wanita
·        Baju kurung
·        Baju kebaya labuh dan longgar
·        Sari yang tidak mendedahkan bahagian badan
·        Sut Punjabi lengkap berselendang
·        Kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh
·      


1.   Bolehkan seorang guru lelaki memakai kasut sukan ketika di sekolah. Jika YA .  Kenapa?
·        YA, jika guru tersebut dengan aktiviti sukan, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan atas arahan pengetua.

 2.   Bolehkah guru wanita memakai selipar ketika di sekolah? Kenapa?
·        TIDAK, kerana guru wanita perlu memakai kasut bertutup, bertumit dan berwarna gelap.
·        Tidak sesuai

 3.   Baju batik hendaklah dipakai pada hari?
·        Hari KHAMIS dan ketika menghadiri majlis rasmi rasmi urusan sekolah atau jabatan tertentu.


Thursday 23 February 2017

Etika pemakaian guru

Selamat datang ke blog cikgu. Perkongsian kali ini adalah berkaitan dengan etika pemakaian seorang cikgu.

Maksud etika :
Cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan


Maksud Etika Guru :
Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik

Pekeliling mengenai pemakaian guru disekolah.


Image result for pekeliling pakaian guru

contoh pemakaian guru zaman kini yang tidak mengikut etika









(dipetik daripada drama cikgu timah sekolah bandar)

pemakaian baju kebaya yang menjolok mata adalah tidak elok dipakai oleh guru-guru di sekolah. Hal ini boleh memberikan persepsi yang tidak baik oleh pelajar kepada guru jika berpakaian yang agak seksi.

Gambar-gambar dibawah merupakan cara pemakaian guru mengikut etika sebenar.

Image result for etika pakaian guru

Etika pemakaian guru lelaki


Related image

etika pemakaian guru perempuan

Image result for etika pakaian guru sekolah wanita

etika pemakaian guru sukan

Image result for etika pakaian guru sukan

Selain daripada etika pemakaian yang betul, kekemasan guru juga perlu dijaga. Antaranya ialah cara kemasan rambut seorang guru.


Image result for etika pakaian guru



cara pemakaian tudung (bagi guru muslim) dan kemasan rambut(bagi non musli ) juga perlu mengikut etika. 

Related image

Pemakaian guru merupakan lambang kepada keperibadian dan sikap seseorang guru itu sendiri. Ianya amat penting untuk dijaga supaya imej guru berada pada tahap sepatutnya dan tidak menjatuhkan profesion perguruan itu sendiri.



Baju batik.

Semua kakitangan awam digalakkan untuk memakai baju batik pada hari khamis.




Pakaian tradisional.

-Dibenarkan dipakai pada hari jumaat dan hari-hari kebesaran agama masing-masing.
-Guru beragama islam digalakkan memakai baju melayu lengkap bersongkok dan bersampin. Guru bukan beragama islam dibenarkan memakai pakaian ibunda masing-masing.